Posts

Showing posts from November, 2013

Profile Dato Dr Hj Sarimah Ahmad

Image
Latarbelakang Ringkas & Profile Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad merupakan seorang pelakon yang terkenal dalam industri filem dan drama Malaysia dan dilahirkan pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang. Beliau berusia 19 tahun apabila muncul dalam filem pertamanya, Ali Baba Bujang Lapok dalam tahun 1961. Filem tersebut telah meningkatkan popularitinya dan gabungan kebolehan lakonan, keayuan serta keanggunannya telah menjadikan Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad sebagai ikon filem Melayu, terutamanya pada zaman kegemilangan industri tersebut di Studio Jalan Ampas, Singapura. Salah satu filem yang dibintanginya, Ibu Mertuaku, telah memenangi anugerah Fotografi Hitam dan Biasa Terbaik di Festival Filem Asia Ke-10 pada tahun 1963 dan pada tahun 1981 beliau telah menerima anugerah Pelakon Terbaik melalui filem Dia Ibuku di Festival Filem Malaysia Kedua. Di antara pencapaian beliau yang lain termasuk : • Anugerah Selendang Kehormat Tertinggi Pertubuhan Seni Si

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Image
BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL BUKAN mudah untuk memujuk primadona ini berkongsi kedukaan yang sudah lama bersarang di lubuk jiwanya. Alasan yang diberikan, dia enggan penderitaan yang dilaluinya akan mudah menarik simpati ramai. Selama ini pun, apa saja pandangan buruk yang tidak dibahaskan masyarakat mengenai lara yang dilalui oleh golongan anak seni sepertinya dan kerana itu kali ini, seniwati unggulan, Datuk Sarimah Ahmad lebih senang berdiam diri. Namun, kehendak Hits yang tidak pernah henti memujuknya untuk tampil di media berkongsi cerita mengenai penyakit kanser yang dihidapinya mencairkan hati beliau. Pertemuan diatur di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor (berdekatan dengan kediamannya) untuk diinterbiu baru-baru ini. Kejelitaan seniwati yang mula menempa kemasyhuran di era studio perfileman hitam putih di Jalan Ampas masih belum luntur. Dia hadir dengan imej yang cukup sederhana, bertudung hitam putih dan berkain serta blaus panjang hitam. Aktres Sarimah atau