Penubuhan Primadona Worldwide Sdn Bhd
Primadona Worldwide Sdn Bhd yang ditubuhkan pada bulan September 2012 adalah syarikat pertama di dunia yang menghasilkan produk kesihatan menggunakan Teknologi Dwi Sel Induk Yang Diperkasa Dengan Ozon. Sebagai pengasas, pemilik dan pemegang saham syarikat, Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad mempunyai mandat untuk memantau operasi serta menentukan halatuju syarikat agar bersesuaian dengan aspirasi beliau.
Hasrat Dato’ Dr Hajah Sarimah untuk berkongsi rahsia penjagaan usia dan kesihatan menggunakan produk berteknologi tinggi melalui syarikat miliknya sendiri akhirnya menjadi realiti dengan penubuhan Primadona Worldwide Sdn Bhd. Turut membantu beliau untuk mencapai tujuan murni ini adalah barisan mantap rakan kongsi yang terdiri daripada En Musharuddin Mohd (Presiden / CEO), Dr Mohd Nizar Zakaria (Pengarah Eksekutif / Pengarah Perubatan) dan En Mazlan Mohd (Pengarah Kewangan).
Berpandukan ungkapan “Kejayaan itu datang dari hati”, Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad bersama seluruh warga kerja Primadona Worldwide percaya bahawa keikhlasan dan ketulusan hati adalah kunci kepada bukan sahaja kejayaan di dunia malah akan membawa kepada kejayaan yang kekal di akhirat. Beliau yakin bahawa kesihatan akan memudahkan ibadah dan perkongsian pengetahuan penjagaan kesihatan juga akan mendapat ganjaran kebaikan yang berkekalan.
Bertitik tolak dari keyakinan inilah maka lahir rangkaian produk penjagaan kesihatan Sarimah Signature Series yang setakat ini terdiri daripada Sari AgeGard (Penjagaan Usia dan Kesihatan Sel), Sari StemShape (Pembakaran Lemak Dalaman) dan Sari StemSerum (Penjagaan Kulit Wajah). Majlis pelancaran Sarimah Signature Series yang diadakan di Royale Bintang Hotel Damansara pada 14 Oktober 2012 telah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh hampir 200 tetamu undangan khas termasuk Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Freddie Fernandez. Majlis tersebut juga menyaksikan pemberian sumbangan awal dari Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad selaku pengasas dan pemilik Primadona Worldwide Sdn Bhd kepada Persatuan Karyawan Malaysia melalui Dato’ Freddie Fernandez sebagai presidennya.
Berbekalkan kesungguhan untuk berjaya, pengurusan yang mantap serta rangkaian produk penjagaan kesihatan berteknologi tinggi yang bertaraf dunia, Primadona Worldwide Sdn Bhd berhasrat untuk menguasai pasaran tempatan dan seterusnya mengembangkan sayapnya di persada antarabangsa dalam masa terdekat.
Alamat ofis:
Primadona Worldwide Sdn Bhd
No 11 &13, Jalan Teknologi 3/6E, The Core, 47810 Kota Damansara. PJ