Profile Dato Dr Hj Sarimah Ahmad




Latarbelakang Ringkas & Profile Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad





Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad merupakan seorang pelakon yang terkenal dalam industri filem dan drama Malaysia dan dilahirkan pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang. Beliau berusia 19 tahun apabila muncul dalam filem pertamanya, Ali Baba Bujang Lapok dalam tahun 1961. Filem tersebut telah meningkatkan popularitinya dan gabungan kebolehan lakonan, keayuan serta keanggunannya telah menjadikan Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad sebagai ikon filem Melayu, terutamanya pada zaman kegemilangan industri tersebut di Studio Jalan Ampas, Singapura.



Salah satu filem yang dibintanginya, Ibu Mertuaku, telah memenangi anugerah Fotografi Hitam dan Biasa Terbaik di Festival Filem Asia Ke-10 pada tahun 1963 dan pada tahun 1981 beliau telah menerima anugerah Pelakon Terbaik melalui filem Dia Ibuku di Festival Filem Malaysia Kedua. Di antara pencapaian beliau yang lain termasuk :




• Anugerah Selendang Kehormat Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia pada tahun 2007

• Anugerah Khas Pelakon Veteran Wanita di Festival Filem Malaysia ke 23 pada tahun 2010.

• Pelantikan sebagai Pengerusi Kehormat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) pada tahun 2011.

• Ijazah Kedoktoran Kehormat Perubatan Alternatif dari Asia Pacific Open University of Martial Arts (APACMA) pada tahun 2012.


Kecantikan semulajadi Dato’ Dr Hajah Sarimah telah mendorong syarikat produk kecantikan Max Factor untuk melantik beliau sebagai modelnya pada suatu ketika dahulu dan imej beliau seringkali menghiasi muka hadapan majalah-majalah hiburan di Malaya dan Singapura sejak 1960’an lagi. Beliau pernah memiliki Pusat Kecantikan dan Persolekan Sarimah dan berpeluang berkongsi rahsia kecantikan yang diturunkan oleh ibunya dalam buku Petua Kecantikan Daripada Luar Dan Dalam yang diterbitkan pada tahun 2003.



Walaupun telah mempunyai 6 orang anak, 32 cucu dan 4 cicit, Dato’ Dr Hajah Sarimah masih lagi aktif dalam Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan baru-baru ini telah menghadiri forum mengenai filem lakonan beliau “Ranjau Sepanjang Jalan” yang diadakan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.



Filem-filem lakonan Dato’ Dr Hajah Sarimah Ahmad

• 1961 Ali Baba Bujang Lapok
• 1961 Si Tanggang
• 1961 Indera Bangsawan
• 1962 Lubalang Daik
• 1962 Neracha
• 1962 Ibu Mertuaku
• 1963 Darah Muda
• 1963 Labu dan Labi
• 1964 Bidasari
• 1964 Tiga Abdul
• 1964 Madu Tiga
• 1965 Sayang Si Buta
• 1965 Dayang Senandong
• 1962 Batu Durhaka
• 1962 Norlela
• 1963 Pilih Menantu
• 1966 Gerak Kilat
• 1966 Sri Andalas
• 1967 Darma Kesuma
• 1968 Kanchan Tirana
• 1968 Raja Bersiong
• 1969 Bukan Salah Ibu Mengandung
• 1970 Dr Rushdi
• 1970 Gelora
• 1977 Menanti Hari Esok
• 1979 Detik 12 Malam
• 1979 Tiada Esok Bagimu
• 1981 Potret Maria
• 1981 Jejak Bertapak
• 1981 Dia Ibuku
• 1982 Kabus Tengahari
• 1983 Ranjau Sepanjang Jalan
• 1990 Warna-Warna Hati
• 1991 Sepi Itu Indah
• 1993 Tarik-Tarik
• 2005 Cinta Madinah
• 2009 Momok The Movie