TIPS





Perkongsian ikhlas dari saya dari pengalaman saya menjaga ibu yang di serang Kanser Hati.


Selain dari makan ubat2 doktor serta suplemen suplement tambahan, (ibu saya mengambil produk sari agegard, Vit B17, air zam 2, air green tea (tanpa gula)


  1. Pesakit dan ahli keluarga perlu redha dengan ujian ini
  2. Amalkan zikir selalu di dalam hati di samping jika mampu perbanyakkan solat sunat dan membaca Al Quran
  3. Mulakan pagi dengan minum air zam zam . Cuba amalkan setiap hari di samping berdoa
  4. Gembirakan hati pesakit.  Hati yang gembira adalah terapi yang baik untuk proces pemulihan segera
  5. Kawal pemakanan seperti yang di nasihatkan oleh doktor. (eg kurangkan air, kurangkan gula, tidak makan buah2an dari jenis sitrus dll)
  6. Beri buku bacaan yang berbentuk motivasi supaya pesakit bertambah redha dan tenang.. penting sbg terapi pemulihan. Saya berikan pelbagai buku motivasi bercorak islamic yang berkisar tentang pengalaman menghadapi penyakit kronik dan buku doa doa.
  7. Elakkan dari makan makanan dari luar di sebabkan banyak perasa tambahan yang tidak baik untuk badan pesakit.
  8. Lebihkan buah2 an dan sayuran berwarna dlm menu makanan
  9. Disarankan meminum air masak sebanyak mungkin, air masak sangat membantu dalam proses penyerapan selain memberikan bendalir tambahan kepada tubuh.
  10. Tidak digalakkan mengambil produk yang telah dicampur dengan agen pengawet seperti kordial, makanan dalam tin seperti sardin, kari, laici atau nenas manis dalam tin dan sebagainya, kerana agen pengawet tersebut dapat menyuburkan lagi sel kanser yang ada, semak label sebelum guna.
  11. Dilarang sama sekali memakan gamat, kerana sifat penyembuhan sel yang ada padanya menyuburkan lagi percambahan kanser.
  12. Kurangkan sukatan ubat gigi, ambil mengikut standard kanak-kanak.
  13. Minuman yang ditambah flouride juga tidak digalakkan, semak label minuman sebelum guna.
  14. Elakkan daging merah atau lauk yang masih berdarah, lauk hendaklah dimasak sekurang-kurangnya done.
  15. Elakkan penggunaan minyak masak terpakai.
  16. Berhenti merokok dan mengambil alkohol serta berhenti dari mengambil gula putih biasa, gantikan dengan madu lebah asli.
  17. Kurangkan stress, pelbagaikan hobi yang mengeluarkan peluh jika banyak masa bersendirian.
  18. Perbanyakkan makanan segar dan bebas bahan kimia (organik), sayur kampung atau yang ditanam sendiri adalah amat digalakkan.




Sebagai pesanan, adalah dinasihatkan agar individu yang mempunyai masalah haruslah menjalani pemeriksaan kerana rawatan diperingkat awal adalah jauh lebih baik. Sesungguhnya kita janganlah cepat berputus asa dan berdoalah agar ALLAH sentiasa memberi rahmat ke atas kita.




Sekian, terima kasih.

SELAWAT AS-SYIFA
(catatan : Selawat ini dibaca memohon kesejahteraan dari Allah keatas Rasulullah Solallah Alaihi Wassalam, keluarga dan sahabatnya yang sememangnya telah dirahmati dan dikasihi Allah. Semoga dengan selawat ini, Allah memberi kesejahteraan dan keberkatan kepada kita, keluarga dan sahabat kita jua)



Penawar Kanser Dari Ayat-Ayat Al-Quran



Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang beriman..":QS Al-Israk:82


Mungkin ramai di luar sana yang telah didiagnosa menghidap KANSER, satu penyakit yang begitu menakutkan sesiapa sahaja.

Di Malaysia, penyakit kanser adalah satu dari 10 penyebab kematian.Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia.Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun.


Rasanya setiap orang tahu 'setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?








Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ




Maksudnya:



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2)

Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)

Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)



Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran.Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.




Cara Pengamalan


Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)



Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.




Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.




Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, teruatamanya ke tempat kanser tersebut.Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

 Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar.Harus diingat, yang menyembuhkan ialah Allah Taala. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.